Powered By Blogger

Friday, 25 February 2011

 Kanak-kanak Libya pun turut serta untuk menentang Gadhaffi

Masjid di Libya yang diserang oleh askar upahan Gadhaffi

Gadhaffi bersama dengan pengawal keselamatan (bodyguard)... pehhh sume pmpuan...

Bodyguard Gadhaffi gak... 



Utusan Melayu Sanjung Kemal Atartuk!

Kemal Ataturk 'bebaskan' wanita Turki




Mustafa Kemal Ataturk


TOKOH revolusi Turki, Mustafa Kemal Ataturk pernah berkata, perubahan sosial hanya boleh berlaku melalui tiga perkara.
Pertama apabila pendidikan diberi kepada wanita. Kedua apabila kebebasan diberi kepada wanita dan ketiga, apabila lelaki menukar pemikiran apabila hidup bersama wanita.
Bertitik tolak dari itu, Turki berubah dengan sekelip mata.
Kini, golongan wanita di republik ini semakin melakar kejayaan dalam pelbagai sektor dari bidang akademik sehinggalah ke bidang politik.
Kesempatan berada di kota Istanbul baru-baru ini membuka mata saya betapa tokoh revolusi negara ini, Ataturk, seorang tokoh yang amat disayangi rakyatnya, berjaya mengubah sistem sosial Turki terutama dalam membuka peluang kepada wanita.
Tokoh Revolusi Turki
Ataturk, pengasas dan presiden pertama Turki itu, dilahirkan pada tahun 1881 di Salonika, Greece dan memulakan kerjayanya sebagai seorang askar.
Setelah kejatuhan Empayar Ottoman, beliau mengetuai Pergerakan Turki Nasional dalam peperangan untuk mencapai kemerdekaan dan membuat pembaharuan pada sistem politik, ekonomi dan budaya negara ini.
Ketua Pengarah Hal Ehwal EU di Kementerian Perdagangan Luar Turki, Husnu Dilemre berkata, Attaturk merupakan seorang pemimpin yang dihormati dan disegani.
"Beliau merupakan pengasas Turki dan hero kami.
"Kami merupakan negara yang pertama di Eropah dan dunia yang memberikan hak kepada wanita untuk mengundi orang pilihan mereka. Negara Eropah lain yang dikenali kononnya menegakkan hak asasi manusia sebenarnya mengikut jejak Turki," katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Dilemre berkata, perubahan bukan sahaja dapat dilihat menerusi kemajuan golongan wanita malah ia turut meningkatkan tahap pendidikan serta menerapkan nilai demokrasi.
Selain itu, revolusi yang dibawa Ataturk turut merubah struktur pemerintahan Turki dari sebuah empayar menjadi sebuah republik.
Pesanan Ataturk yang dipegang hingga kini
Pendidikan ketika itu antara fokus utama Ataturk.
Beliau mahu melihat golongan wanita bukan sahaja pandai menjaga anak-anak, membuat pakaian dan menguruskan rumahtangga malah dapat menyumbang kepada ekonomi negara.
Ini dapat dibuktikan melalui kata-katanya yang menyeru wanita supaya bekerja keras untuk menimba ilmu.
"Wahai wanita: menangilah peperangan menerusi pendidikan, nescaya lebih banyak yang boleh kau sumbangkan kepada negara berbanding kami. Kepada kamulah, kami merayu.
"Kepada lelaki: sekiranya golongan wanita tidak dapat berkongsi dalam perkembangan sosial negara, nescaya kita tidak akan mencapai pembangunan sepenuhnya. Kita akan kekal ketinggalan dan tidak berupaya untuk melayan atas syarat yang sama dengan tamadun Barat," kata Ataturk ketika itu.
Mengenangkan sumbangan besar beliau kepada negara, setiap tahun pada 10 November dan tepat pukul 9.05 pagi, seluruh negara akan berdiam diri dan semua kenderaan akan berhenti selama seminit bagi menghormati pemergian beliau pada tahun 1938.
Kejayaan wanita Turki
Ataturk percaya wanita perlu diberi hak untuk mengundi dan dipilih menjadi pemimpin kerana demokrasi menetapkan ada kepentingan yang perlu wanita pertahan dan ada tanggungjawab sosial yang perlu wanita laksanakan.
Ini terbukti apabila beliau mengumumkan pada 5 Disember 1934 bahawa Turki memberikan hak kebebasan berpolitik sepenuhnya kepada golongan wanita.
Tindakan itu ternyata lebih awal berbanding beberapa negara Eropah yang lain.
Selain itu, hak sama rata untuk wanita dalam perkahwinan turut diwujudkan.
Hasil daripada dasar itu, lahirlah beberapa tokoh wanita yang prolifik antaranya Nezihe Muhittin, pengasas parti politik wanita pertama di Turki; Sabiha Gokcen, juruterbang pesawat perang wanita pertama di dunia dan Safiye Ali, doktor wanita pertama di Turki.
Ataturk sumber inspirasi
Sabiha Gokcen, wanita pertama yang menjadi juruterbang pesawat perang di dunia juga ialah anak angkat kepada Ataturk.
Ataturk yang pada ketika itu mempunyai minat mendalam terhadap kapal terbang, mendorong minat Sabiha untuk menceburi bidang itu yang dimonopoli golongan lelaki.
Sepanjang kariernya bersama Tentera Udara Turki, Sabiha berjaya menerbangkan sebanyak 22 pesawat dan mencatat jumlah jam penerbangan sebanyak 8,000 jam, yang mana 32 jam melibatkan pertempuran aktif dan misi pengeboman.
Selain itu, beliau juga berjaya melatih empat juruterbang wanita di bawah didikannya.
Sehingga kini, namanya disebut seantero dunia dan merupakan satu-satunya juruterbang wanita yang dipilih untuk poster 20 juruterbang terhebat dunia yang diterbitkan oleh Tentera Udara Amerika Syarikat pada tahun 1996.
Harapan generasi muda
Ketika berada di ibu kota Turki, penulis sempat berkenalan dengan Ayse Denknalbant, pelajar tahun akhir kedoktoran bidang Arkeologi di Universiti Istanbul dan bertanyakan perasaannya tentang tokoh itu.
Ayse menyifatkan perubahan yang dibawa Ataturk, bukan sahaja membawa kemajuan kepada republik ini, tetapi seluruh strata sosial Turki sehinggakan golongan wanita ketika itu yang agak terbatas pergaulan dan tingkah laku, berjaya keluar dari kepompong itu.
"Bagi kami, perubahan yang dibawa membuka peluang yang luas bagi kami untuk mempelajari dan meneroka bidang yang sebelum ini hanya dikuasai lelaki," kata pelajar berusia 32 tahun itu.
Katanya, sebagai negara Islam, Turki boleh berbangga kerana pembangunan yang dicapai setakat ini turut disumbang oleh golongan wanita yang berjaya dalam pelbagai bidang hasil reformasi republik hampir 80 tahun lalu.
Walau apa pun bentuk kejayaan yang dicapai oleh wanita Turki sehingga kini, ia tidak akan bermakna sama sekali sekiranya wanita melupakan tugas asalnya iaitu mendidik anak-anak untuk menjadi insan yang berguna suatu hari nanti.
Sambil memetik kata-kata penyair Jalaludin Rumi yang memulakan perjalanan sufinya di Turki: "Wanita ialah cahaya dari Allah, dia bukan sekadar untuk dikasihi, tetapi ciptaan Allah yang istimewa."
Itulah kekuatan wanita Turki, yang ironinya lakaran kejayaan mereka bermula daripada usaha seorang lelaki -- Mustafa Kemal Ataturk. - Bernama



 Pelik betul paper nih... Manusia yang bernama Kemal Atartuk nilah yang banyak menukarkan turki daripada Zaman pemerintahan Khilafah Islamiyah kepada pemerintahan berbentuk sekular... banyak pembaharuan yang 'membaratkan' sistem pamarintahan turki telah dilakukan... 

Antaranya:
1) Menukarkan azan daripada bahasa arab kepada bahasa turki
2) Semua tulisan turki yang berunsurkan arab dihapuskan dan diubah kepada tulisan greek.
3) Menggalakkan meminum minuman keras dikhalayak ramai.
4) Menukarkan sistem pemerintahan Islam kepada sistem yang dipengaruhi oleh barat.
5) Menyuruh rakyatnya memakai pakaian yang mempunyai unsur barat seperti skirt, tali leher, topi...
 Banyak lagi lah..... nak tulis pun xcukup dakwat... 
Tapi memang mamat ni telah menghancurkan khilafah Islamiyah di Turki...

Tapi yang begitu menyedihkan adalah kenapala akhbar berbahasa melayu ni terlalu menyanjung sangat orang yang bernama kemal atarturk ni....

Memang kalau dibarat, kemal mendapat sanjungan tinggi... mungkin boleh dapat hadiah nobel kot.... macam presiden kedua Mesir... Anwar Sadat yang mati akibat dibunuh... die ni pun spesies macam Kemal jgk...

Anwar sadat ni adalah presiden Mesir yang ke tiga selepas Presiden yang kedua, Gamal Naseer mati... (ada yang mengatakan Gamal juga kene bunuh...) tapi tindakan Anwar Sadat yang pro kepada Israel dan AS ini menyebabkan bangkitnya sesetengah umat manusia untuk menentang sehingga terbunuhnya Anwar Sadat... Walaupun die mendapat sokongan daripada AS dan ISrael, tapi die tetap tidak dapat melindungi dirinya daripada ancaman bunuh menahan kemarahan rakyat yang beragama Islam di Mesir yang bencikan AS dan Israel ni...

Berbalik kepada cerita Kemal Atarturk td, sebahagian besar rakyat turki masih lagi belum sedar akan kejahilan mereka menyokong perubahan yang dibawa oleh Kemal Atarturk... Individu yang tidak diterima oleh Bumi ini semasa mahu disemadikan ini masih lagi dijadikan ikon oleh sebahagian rakyat Turki yang berfikiran sekular... Mudah-mudahan perubahan akan berlaku di Turki dan Islam akan kembali semula bersinar di seluruh muka bumi ini... Insya Allah..... 

Yusuf Qaradhawi keluarkan fatwa wajib bunuh PM Libya

"Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kepada Stesen TV Al-Jazeera Dr. Yusuf Al-Qaradawi (gambar kiri ) mewajibkan agar Gaddafi dibunuh dan ianya adalah jihad. Fatwa terbaru beliau ini dikeluarkan rentetan daripada laporan yang menyatakan bahawa Gaddafi melancarkan serangan dengan menggunakan jet pejuang untuk untuk mengebom mereka yang terlibat dalam demontrasi yang berterusan di Libya sekarang.

Syeikh al-Qaradawi berkata :وقال القرضاوي " أصدر الآن فتوى بقتل القذافي. أي ضابط أو جندي أو أي شخص يتمكن من أن يطلق عليه رصاصة فليفعل، ليريح الليبيين والأمة من شر هذا الرجل المجنون وظلمه". وأضاف "لا يجوز لأي ضابط أن يطيع هذا الرجل في المعصية والظلم والبغي على العباد".

Maksudnya :

"Aku mengeluarkan fatwa sekarang supaya Gaddafi dibunuh! Barangsiapa samada pegawai tentera, atau tentera biasa atau mana-mana individu yang mempunyai peluang untuk membunuhnya. Maka janganlah teragak-agak untuk membunuhnya! ianya adalah semata-mata untuk menyelamatkan rakyat Libya daripada kejahatan dan kezaliman lelaki yang gila ini! "...beliau seterusnya menambah " Haram kepada pegawai dan askar biasa untuk mentaati lelaki ini (Gaddafi) dalam perkara yang maksiat, kezaliman dan kerakusan terhadap rakyatnya sendiri!"

Gaddafi umum insentif untuk rakyat

TRIPOLI - Stesen televisyen Libya semalam mengumumkan setiap keluarga di negara itu akan menerima wang AS$400 (RM1,221) dalam usaha rejim Muammar Gaddafi mengekang bantahan meluas yang kini menyebabkan sebahagian besar negara tersebut jatuh ke tangan para penentang.
Stesen televisyen berkenaan turut menyatakan, sebahagian kakitangan sektor awam Libya akan menikmati kenaikan gaji sehingga 150 peratus.
Rejim Gaddafi kini menggunakan pendapatan hasil minyak negara untuk membeli sokongan rakyat selepas orang ramai bangkit menentang pemimpin itu.
Bantahan rakyat terhadap pemerintahan empat dekad Gaddafi yang memasuki hari ke-11 semalam, telah menyebabkan sebahagian besar timur negara itu jatuh ke tangan pihak penentang.
Pasukan militan dan mereka yang setia kepada Gaddafi kini bertempur di bandar-bandar berhampiran Tripoli, barat Libya bagi mengekang bantahan rakyat. - Kosmo

Thursday, 24 February 2011

Cara Paling Mudah dan Jimat Untuk Membakar Lemak

Tahukah anda cara yang paling mudah untuk mempercepatkan kadar pembakaran lemak di dalam badan anda?
Jawapannya bukan sekali dari mana-mana makanan tambahan, kaedah senaman terbaru ataupun program diet yang hebat....
Ia jauh lebih mudah dan murah tetapi sangat-sangat berkesan....
Jawapannya ialah...... Minum Banyak Air!!!
Anda mungkin pernah diberitahu untuk minum lebih banyak air setiap hari, tapi adakah anda  sedar kebaikan air kepada usaha mencapai target fitness anda baik untuk membakar lemak, membina otot mahupun meningkatkan kadar kesihatan badan anda?
1) Air meningkatkan kekuatan dan performa anda ketika di gym.
Seperti yang anda tahu, dalam menjalani sesi latihan bebanan dan kardiovaskular, tenaga dan kekuatan anda perlu berada ditahap yang terbaik. Kajian menunjukkan sekiranya anda mengalami sedikit dehidrasi boleh mengurangkan kekuatan fizikal anda dengan ketara. Malah dengan hanya pengurangan 3-4% air didalam badan anda boleh menyebabkan 10-20% pengecutan otot-otot didalam badan.
2)Air membantu mengelakkan kecederaan.
Latihan bebanan dan kardiovaskular berintensiti tinggi boleh mewujudkan stress dibahagian sendi anda. Air boleh mengatasi masalah ini dengan memberikan kelinciran kepada sendi-sendi anda dan membina "cushion" perlindungan disekeliling sendi anda.
3) Air membantu penghadaman.
Makronutrient seperti protein, karbohidrat dan lemak memerlukan air untuk dipecahkan kepada komponen yang lebih kecil. Bagi memastikan badan anda benar-benar dapat menggunakan nutrient ini, anda perlu memastikan pengambilan air didalam badan sentiasa mencukupi. Namun perlu diingat pengambilan air yang banyak ketika waktu makan boleh menyebabkan perut kembung dan menjejaskan penghadaman. Minum air ketika perut anda tidak terlalu penuh.
4) Air meningkatkan pembakaran lemak.
Salah satu fungsi hati adalah untuk mengatur metabolisma lemak. Hati juga berperanan membantu ginjal anda dalam pembuangan bahan kumuhan didalam badan melalui urine. Apabila pengambilan air adalah sedikit, bahan kumuhan ini akan terkumpul didalam badan dan akan memaksa ginjal dan hati untuk bekerja lebih untuk membuang bahan kumuhan ini. Kekurangan air boleh menganggu hati anda untuk membakar lemak kerana hati perlu membantu ginjal untuk menbuang bahan kumuhan didalam badan. Hasilnya kadar pembakaran lemak anda akan berkurangan.
5) Peningkatan pengambilan air mengurangkan penyimpanan air berlebihan dalam badan.
Apabila pengambilan air adalah rendah, badan anda akan menyimpan lebih banyak air atas sebab 'survival'. Air yang disimpan biasanya akan disimpan diperut, peha, punggung, muka dan sebagainya lalu menyebabkan anda kelihatan lebih gemuk. Anda sebenarnya boleh kelihatan lebih ramping dalam beberapa hari sahaja hanya dengan meningkatkan pengambilan air kerana ia akan mengurangkan penyimpanan air berlebihan didalam badan.
Jadi berapa banyak airkah yang perlu diambil sehari?
Secara amnya, darab berat badan anda di dalam pound (Lb) dan gandakan dengan 1.6. Hasilnya ialah jumlah ounce(Oz) air yang perlu anda ambil sehari. (1kg = 2.2 lb, 1 Oz = 0.03 Liters)
Ia mungkin rasa terlalu banyak, namun apabila anda sudah biasa ia akan menjadi tabiat yang sihat. Beberapa hari pertama anda mungkin akan perlu ketandas dengan kerap kerana badan anda sedang membuang simpanan air berlebihan didalam badan. Selepas beberapa hari ia tidak lagi akan menjadi satu masalah.
Ingat jangan hanya minum apabila anda sudahpun berasa dahaga, kerana rasa dahaga adalah symptom dehidrasi yang sudahpun berlaku didalam badan!
- Artikel iluvislam.com

Wednesday, 23 February 2011

Solute kepada perjuangan rakyat Libya...

Gadhaffi merupakan salah seorang pegawai tentera yg berjaya menggulingkan Raja Idris 1. Raja Idris dituduh tidak cekap dalam mentadbir Libya sekitar tahun 1950-an hingga 1969. Diorg ( gadhaffi and the gang) gulingkan raja Idris semasa Raja ni sedang dapatkan rawatan di luar negara... (Pandai betul cari peluang.) Selepas dah gulingkan raja Idris, Libya dibawah pemerintahan Gadhaffi... tp.. die bkn presiden atau PM.. die tetap jd Ketua tentera... Memg dah set up awal2 lg supaya takde sape2 yg boleh gulingkan die....kuang aja betul....
Sekarang ni pun  die dah lantik anak die sendiri.. sama mcm pemimpin arab yang lain... lebih kurangla macam pemerintahan monarki...
Lagi satu Libya merupakan negara yang tidak mempunyai perlembagaan dalam pemerintahan negaranya... thats mean, pemerintah negara berkenaan boleh buat sesuka hati diorg la kat negara 2... macam xde undang2... dan diorang la yang cipta undang2... kuang aja btol...
Marilah kita sama2 doakan moge2 perjuangan rakyat Libya ini yang tidak terbayar walaupun dengan segunung emas tp mereka dapat mengecapi keadilan yang begitu di idam2kan oleh setiap insan dimuka bumi ini. Moge2 kezaliman yang dilakukan oleh Gadhaffi ke atas rakyatnye dibalas dengan oleh Allah swt... Amin...

UPM diarah kekalkan status calon MPP, jangan sampai dilabel ‘macam Burma’

KUALA LUMPUR, 23 Feb — Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah mengarahkan Universiti Putra Malaysia (UPM) mengekalkan status 33 calon dan menarik balik keputusan membatalkan kemenangan 10 pelajar — yang kesemuanya sebelum ini dilabel sebagai barisan Pro Mahasiswa.
Kesemua 33 calon Pro Mahasiswa, yang didakwa beraliran condong kepada politik pembangkang, dibatalkan kelayakan bertanding kerusi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) atas alasan berkempen secara berkumpulan.
Keputusan itu termasuklah mereka yang menang pilihan raya kampus itu.
Justeru, Saifuddin (gambar) mahu pentadbiran UPM agar mengekalkan keputusan pilihan raya kampus seperti yang diumumkan kelmarin.
Pro Mahasiswa juga mencatatkan keputusan baik kali ini di beberapa universiti lain.
“Pendirian saya sangat jelas dalam perkara ini, saya tida bersetuju dan saya cadangkan supaya kekalkan keputusan seperti keputusan pengundian.
“Jangan nanti orang anggap kita seperti Burma yang tak iktiraf Aung San Suu Kyi, jangan orang anggap kita seperti Palestin yang tak iktiraf kemenangan Hamas,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Beliau berkata tidak wajar pengurusan UPM membatalkan kelayakan Pro Mahasiswa kerana kumpulan itu tidak dapat membela diri ketika bantahan dibuat oleh kumpulan Pro Aspirasi.
“Pada saya perkara ini mudah sahaja, yang pertama siapa yang buat bantahan, apa alasan untuk bantahan dan adakah Pro Mahasiswa diberi keadilan untuk mempertahankan diri?
“Setahu saya (Pro) Aspirasi yang buat bantahan, alasan tanding berkumpulan dan Pro Mahasiswa tak diberi peluang untuk membela diri.
“UPM suruh mereka (Pro Mahasiswa) buat rayuan, tapi nak buat rayuan apa kalau nak pertahankan diri juga tidak boleh, macam mana nak buat rayuan,” katanya.
Tambah Ahli Parlimen Temerloh itu, Pro Aspirasi juga sebuah kumpulan, jadi mengapa hanya Pro Mahasiswa yang dikenakan tindakan.
“Pro Aspirasi juga sebuah kumpulan, katakan kepada saya dan dunia adakah Pro Aspirasi bukan sebuah kumpulan,” kata Saifuddin.
Laporan The Malaysian Insider pagi tadi menyebut pembatalan kesemua calon Pro Mahasiswa dibuat melalui panggilan telefon dari Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) malam tadi.
Di UPM kumpulan Pro Aspirasi mempertahankan kemenangan apabila memperoleh kemenangan besar menewaskan Pro Mahasiswa.
Pro Aspirasi menang dengan majoriti besar apabila menguasai 32 kerusi termasuk lima kerusi umum berbanding Pro Mahasiswa yang hanya mendapat 11 kerusi.
Sebanyak 43 kerusi dipertandingkan termasuk sembilan kerusi umum dan barisan Pro Mahasiswa bertanding di 33 kerusi.
Usaha The Malaysian Insider mendapatkan pengesahan pengurusan UPM belum berhasil.
Dalam pada itu, kira-kira 40 ahli Pro Mahasiswa UPM mengambil langkah drastik dengan mengepung pusat pentadbiran universiti sebagai membantah tindakan membatalkan status mereka.
Menurut jurucakap kumpulan itu, Mohd Ramzul Nasri Kamarusaman, pihaknya mahukan penjelasan dari pentadbiran UPM berhubung pembatalan calon Pro Mahasiswa itu.
“Sekarang kami sedang mengepung pentadbiran UPM dan memohon menjelas dari Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) berhubung pembatalan status calon Pro Mahasiswa yang bertanding.
“Kita hanya mahukan penjelasan dalam perkara ini, kenapa status kami dibatalkan? Apa yang saya tahu bantahan di buat oleh seorang ahli Aspirasi yang tewa (dalam pilihan raya kampus),” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider sekitar pukul 11 pagi tadi.- Malaysia insider